Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Semop 2020 di Kampung Semop

23 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Februari 2020 yang lalu, Pusat Internet Semop telah mengadakan Program Hari Bersama Komuniti PI Semop 2020 yang bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Semop. Program ini juga merupakan anjuran bersama JKKK Kampung Semop dan penduduk Kampung. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk Kampung Semop dan sekitarnya. Program ini telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 Petang. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Kamri bin Haron, Ketua Kaum Kampung Semop yang baharu, Cik Rosita binti Jahari, Kaunselor Kampung Semop, Encik Suhaili bin Jeludin, Pengerusi Masjid Darul Al-Amin dan Ketua-ketua Komuniti Kampung Semop.

Program ini telah disertai lebih 200 orang penduduk Kampung Semop dan sekitarnya yang mendaftar sebagai pengunjung nama bertuah. Selain itu, lebih 100 orang peserta yang terlibat dengan pertandingan yang dijalankan sepanjang program berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah seperti yang telah ditetapkan:

Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang program:
• Kehadiran Pengunjung / Penduduk Kampung
• Gerai Jualan & Usahawan Kampung Semop
• Pendaftaran Nama Pengunjung
• Pendaftaran Nama Bertuah
• Pendaftaran Keahlian PI (Secara Percuma)
• Tayangan Video Advokasi & Aktiviti PI Semop
• Cabutan Nama Bertuah (2 Cabutan)
• Nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
• Aktiviti Senamrobik dan Zumba Kampung Semop
• Cabutan Nama Bertuah (3 Cabutan)
• Pertandingan ICT berlangsung:
• Pertandingan Jari Jemari Pantas Secara Online (Kategori Umum)
• Pertandingan Jizsaw Puzzle Secara Online (Kategori Umum)
• Kuiz ICT (Kategori Veteran)
• Cabutan Nama Bertuah (3 Cabutan)
• Ucapan Pengerusi Majlis iaitu Pengurus PI Semop, Mohammad Nejatullah Husin
• Persembahan Khas Zumba: Team Cilik S.M.P Kpg Semop
• Cabutan Nama Bertuah (3 Cabutan)
• Ucapan Wakil Kampung Tuan Kamri bin Haron, Ketua Kaum Kampung Semop
• Persembahan Nyanyian daripada En. Fariman bin Jaafar
• Penyampaian Hadiah Pertandingan
• Cabutan Nama Bertuah (3 Cabutan Terakhir)
• Persembahan Khas Nyanyian Ketua Kaum Kampung Semop
• Penyampaian Cenderahati Jemputan
• Majlis Tamat dan bersurai

Program Hari Bersama Komuniti ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pihak pengurusan Pusat Internet Semop dengan masyarakat setempat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet serta fungsinya kepada masyarakat setempat. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat masyarakat untuk berkunjung ke Pusat Internet dan dengan adanya aktiviti ini secara tidak langsung dapat merapatkan jurang antara pihak pengurusan Pusat Internet Semop dengan masyarakat setempat.

Pada masa yang sama, program ini juga bertujuan untuk mempromosikan PI kepada usahawan dan juga bakal usahawan yang berminat untuk mendapatkan latihan keusahawanan. Ini akan dapat membantu dalam melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan warga setempat. Selain itu juga, diselitkan sekali Tayangan Video Klik Dengan Bijak (KDB) dan Gerai Booth Usahawan Kampung daripada ahli Pasar Tani Kampung Semop. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih daripada kami kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Semop. Jasa anda semua amat besar dan tidak dapat kami balas dengan kata-kata.

Tahniah dan syabas semua yang menjayakan program kami. Terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali